Jumaat, 4 Jun 2010
sweat memories
nie gmbr mse kt jomheboh kt klntn bru2 nie..ramai artis,wartawan,pelakon yg ku temui...bnyak yg ku beli kt sner..saya harap sngat2 jom heboh akn diadakan lg pda thun hdapan
Khamis, 4 Mac 2010
LOGO 1 MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Maksud logo ialah
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,bermuafakat,berdikari,berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Selasa, 2 Mac 2010
Isnin, 1 Mac 2010
1 malaysia
1 malaysia merupakan hasil coretan perdana menteri kita yang ke-6 iaitu Yab Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang bermaksud semangat bekerjasama dalam 1 tanggungjawab bersama semua rakyat malaysia tanpa mengira bangsa,status,kaum,bahasa,anggota dan kepercayaaan.Cogan kata ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat malaysia bagi melahirkan masyarakat yang aman makmur dan mengelakkan timbulnya isu perkauman yang boleh menggugat keamanan negara tercinta.
warisan kesenian pelbagai kaum
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai warisan keseniannya yang tersendiri.Kepelbagaian kesenian ini telah memperkaya dan mewarnai kesenian negara terutamanya dalam bidang muzik,peralatan muzik,tarian,seni bina,lukisan,permainan dan kraftangan.Warisan kesenian ini memperlihatkan budaya,agama,cara hidup dan latar belakang setiap kaum dari zaman ke zaman.Ia juga memperlihatkan bakat,kebolehan,kecekapan,daya kreativiti,ilmu dan mutu kesenian yang tinggi masyarakat kita.
Perayaan pelbagai kaum
Malaysia sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak perayaan agama dan budaya.Misalnya sambutan Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha,Tahun Baru Cina,Hari Wesak,Deepawali,Krismas,Thaipusam,dan Hari Gawai.Semua perayaan ini disambut dengan meriah oleh masyarakat di negara ini.Suasana ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat negara ini,malah turut dikongsi dengan para pelancong.
Sabtu, 13 Februari 2010
Anak Saudaraku
Sekarang saya berasa sangat gembira kerana dapat dua orang anak saudara.....tambah-tambah lagi sepasang,seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.
Yang lelaki nama dia Muhammad Syafiq Zaquan dan yang perempuan nama dia Siti Nor Laila Asyiqin.Yang perempuan lahir pada tanggal 10.2.2010 dan yang lelaki pula pada tanggal 12.2.2010.
Semuanya putih belaka macam ummi mereka....
Rabu, 20 Januari 2010
tentang diriku
Nama saya ismaiza binti ismail.
Umur saya baru 14 tahun,muda lagi.....hehe
Hobi saya suka main komputer kerana itu la saya join blog nie...
Tarikh lahir saya pula 24.7.1996.
Cita-cita saya nak jadi doktor sebab saya suka merawat orang yang sakit.Makanan kegemaran saya ialah nasi beriani dan minuman kegemaran ialah air bandung.Saya merupakan anak yang kelima daripada lima orang adik beradik atau lebih tepat lagi anak bongsu la....saya tinggal di kampung padang tembesu.Rumah saya pula berdekatan dengan sekolah.
Saya suka kalau orang nak kawan dengan saya....
kata orang berkawan biar seribu,bercinta biar satu...
Langgan:
Catatan (Atom)