Khamis, 4 Mac 2010

LOGO 1 MALAYSIA


RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Maksud logo ialah
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,bermuafakat,berdikari,berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Isnin, 1 Mac 2010

1 malaysia


1 malaysia merupakan hasil coretan perdana menteri kita yang ke-6 iaitu Yab Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang bermaksud semangat bekerjasama dalam 1 tanggungjawab bersama semua rakyat malaysia tanpa mengira bangsa,status,kaum,bahasa,anggota dan kepercayaaan.Cogan kata ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat malaysia bagi melahirkan masyarakat yang aman makmur dan mengelakkan timbulnya isu perkauman yang boleh menggugat keamanan negara tercinta.

warisan kesenian pelbagai kaum


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai warisan keseniannya yang tersendiri.Kepelbagaian kesenian ini telah memperkaya dan mewarnai kesenian negara terutamanya dalam bidang muzik,peralatan muzik,tarian,seni bina,lukisan,permainan dan kraftangan.Warisan kesenian ini memperlihatkan budaya,agama,cara hidup dan latar belakang setiap kaum dari zaman ke zaman.Ia juga memperlihatkan bakat,kebolehan,kecekapan,daya kreativiti,ilmu dan mutu kesenian yang tinggi masyarakat kita.

Perayaan pelbagai kaum


Malaysia sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak perayaan agama dan budaya.Misalnya sambutan Hari Raya Aidilfitri,Hari Raya Aidiladha,Tahun Baru Cina,Hari Wesak,Deepawali,Krismas,Thaipusam,dan Hari Gawai.Semua perayaan ini disambut dengan meriah oleh masyarakat di negara ini.Suasana ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat negara ini,malah turut dikongsi dengan para pelancong.